Sunday, November 21, 2010

Solat..

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah SAW keluar dari rumahnya. Pada masa itu ialah pada musim luruh (daun gugur). Baginda SAW mengambil satu ranting pohon yang daun-daunnya gugur dengan lebat (banyak), seraya Rasulullah SAW bersabda, “Ya Abu Zar, apbila seseorang menunaikan solatnya kerana Allah SWT, dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini.”
          Biasanya di musim luruh, daun-daun berguguran dengan lebat sehingga kadangkala tidak meninggalkan sebarang daun pada pohonnya.  Begitulah kesan solat yang dilakukan dengan Khusyu’ dan Tawaddu’. Segala dosa yang dilakukan oleh orang yang bersolat akan terhapus. Bagaimanapun menurut ahlul kalam hanya dosa-dosa kecil sahaja yang terhapus dengan solat. Dosa-dosa besar tidak terampun tanpa bertaubat.
          Oleh itu, hendaklah kita disamping bersolat hendaklah juga bertaubat dan memperbanyakkan beristighfar. Semoga Allah SWT dengan limpah Rahmat-Nya mengampuni juga  dosa-dosa besar yang dilakukan seseorang berkat dari solatnya kerana Allah SWT.

No comments:

Post a Comment