Monday, August 15, 2011

Setelah hati Terluka lyrics..

Mestikah air mata ini
Membasahi di pipiku
Perlukah ku meratap hiba
Setelah hati terluka
Ku sedar siapa diri ini
Hanya mampu memberi cinta
Namun ku tak mampu
Menatap bahagia
Tiada guna aku ratapi
Kasih dan sayang takkan kembali
Mungkin ini sudah suratan yang azali
Bukan aku mengemis simpati sesiapa
Buat penawar duka yang amat lara

Kerna aku sedari diri umpama kaca
Tak bercahaya pudar warnanya

mati..

andai aku mati esok hari..
cukupkah apa yg tlah ku lakukan slama ni tuk bklan ku nnt??
layakkah aku tuk mgharunginya..
andai aku mati esok hari..
kskitankn yg ku rasa ini aku pendam..
adakah penawarnya..
aku mohon keampunanMU Ya Allah..
Ya Allah..
Aku nak semua org dsklilingku bhagia bersamaku..
terutama kluargaku..dan Seorang yg aku syangi..
Ampunkan aku Ya Allah..
Aku Mohon Keampunanmu..
Amin Ya RabbalAlamin..

Thursday, August 11, 2011

Muhasabah diri..

hati..
knpa engkau seperti ini..
knpa engkau x tenang..
hati..
adakah ini semua kerana seorng perempuan yg bukan muhrim bagimu..
hati..
jika iya kerna itu..
maka sewajarnya engkau buang perassan itu jauh2..
aku mengerti engkau myayanginya dan myukainya..
ttp..
engkau perlu ingat hati..
tiada dapat yg mghalalkn hubungan engkau dgn dia selagi blum ada ikatan sah..
bersabarla hati..
pendam saja perasaanmu itu..
xperlu d luahkan..
mmg aku sedari bukan mudah tuk mghadapinya..
ttp itulah yg terpaksa engkau lakukan hati,..
xada cara lain..selain kembali kepada Allah dan pendam sedalam-dalamnya dlm lubuk hatimu..
mmg sukar hati..
mmg sukar..
ttp cuba perlahan2..
cuba engkau fikir hati..adakah dia mmpunyai perassan yg sama terhadapmu..?
mungkin tidak..mmg tidak..tidak kah kau rasa malu bgtu..cuba la kau ingat 2 hati..
engkau telah mysahkan khdupan org lain..engkau mggngu khdupan dan masa org lain..
ingatlah 2 hati..xperlula kau berangan2 kosong lagi tuk mmilikinya..
Jodoh tak kemana..
insyaAllah..Ingat Allah Selalu..


Nukilan: JamzNurani88

Monday, August 8, 2011

COUPLE ISLAMIK....apa 2?? ada kah?



jom baca kisah ni..kot2 paham....pendek je cerita nye..
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam
Dikongsi Bersama dr Remaja Masjid

Sunday, August 7, 2011

Muhasabah..

'hidung x mncung..pipi yg tersorong-sorong..'
pepatah i2la yg aq rasa pada diriku..
myukai sesorng tnpa berbalas pda saat ni..
aknku cuba elakkan sebaiknya..
aknku muhasabah diri tuk hadapinya..
sabarla ko hti..
knpa perlu ko rsa ini semua..
knpa ttba ko syangkn dia..
knpa hti? knpa?..
sdgkn ko dah tau jwpan darinya..
knpa hati ko trus rasa bgini??
xperlu dikut sgt nafsu 2..
jgn dikesali..
bersabarlah..
Allah ada..
 

Nukilan: JamzNurani88

Friday, August 5, 2011

bila diri di sayangi..

bila diri di sayangi..
apakah akn ku rasa prassan tersebut..
ingin sekali aq merasakannya..
iya aq sudah merasakannya dr seluruh seisi keluargaku..
aq x akn lupaknnya sekali2..
mgkin aq xpernah rasa aq disayangi oleh seseorng..
wlupun aq pernah jatuh cinta dulu..
aq x rasa diri disayangi..
mgkin btul kata dia dulu..
aq lebih bnyk mmberi..
xpernah aq rasa aq diberi..
tp xpela..
semua 2 biarla berlalu..
yg pnting..
aq nak smua yg ada d sisiku rasa bhgia dgnku..
psl prsaanku..biala dulu..
kwn2ku bhgia..i2 yg mmbtkn ku bhgia..
tttp,,apbila kwn2ku xsng ngan ku..
i2 yg aq tkutkan..
maafkn aq ya kwn2 semua..
maafkn aq..

Nukilan: JamzNurani88

Monday, August 1, 2011

Dugaan..

adakah semua ni dugaan..
klu ini dugaaan..
aku terima ngan penuh ksuyukuran..
dugaan ni hanya sdkit drMu Ya Allah..
Aku Mmohon Keampunan DrMu Ya Allah..
aminn..
Di pagi subuh yg mulia ini juga..
aku telah menutup acct laman sosialku..
bkn nak lari dr kawan2..
tidak..
cuma aku mau bersendiri bt sementara waktu...
bersendiri mencari ketenangan diri..
mengelakkan aku dr trus mgnggu khidupan org lain..
maafkn aq ya kwan2..
wlupun mgkin kmu xdpt mmbca nukilan ini..
ttp aq tetap mmohon seribu kemaafan kpd kalian semua..
InsyaAllah..
xda acct laman sosial..bkn brmkna kita x dpt berhubungkn..
Doaku kpd kalian semua..agar diberikan kehidupan yang terbaik dan bahagia dunia n akhirat tuk kita semua..amin ya Allah..
jaga iman,
jaga hati,
jom bt kebaikan,

Assalamualaikum w.b.t

Nukilan: JamzNurani88


Aku Terima..

hati..
bersabarla engkau,.
xperlu rasa kecewa begini..
tabahlah engkau..
hati..
Sda dingatkan..
jangan terlalu mudah jatuh cinta..
knpa perlu engkau keluar dari ruang lingkup khidupanmu...
sekarng terpksala kau hadapinya..
hati..
engakau pernah dulu sekali jatuh cinta..
dan kau tau kesannya bila perassan trsebut d tolak stlah plbagai engkau korbankn..
hati..
tabahla engkau..
cuba engkau kembali ke khidupannmu sblumni..
kn bnyk kbaiknnya..
lebih baik engkau berdiam diri hati..
cuba elakkn tuk berhubung dgn org yg engkau syngi trsbut..
berdiam diri la..
cukup la 2 mggnggu prsaan n khidupan org lain..
dia x terima engkau hati bt msa skrng..
sda la 2 hati..
jangan dpaksa....
bersabarlah..
berdiam diri la hati..
i2 lbih baik tuk engkau..


Nukilan: JamzNurani888

Sunday, July 31, 2011

Mana Satu Pilihan Hati..?

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.
Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.
Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..

Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Dikongsi Bersama dari Remaja Masjid..

Saturday, July 30, 2011

SOLAT JAMAK DAN QASAR

SOLAT JAMAK DAN QASAR
 
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

 
 

Friday, July 29, 2011

Tingkatan Cinta kepada Allah

Cinta Allah Hanya Ilusi?

Tingkatan Cinta kepada Allah


Sejatinya, cinta kepada Allah 'Azza wa jalla memiliki sebuah "analogi misal". Saya merasa malu menceritakan analogi itu, tetapi kerana tidak ada analogi lain yang lebih mudah difahami -sungguh sangat disayangkan- saya terpaksa harus menceritakannya. Dengan ini saya berharap manusia boleh untuk mencintai Allah. Walillahil matsalul a'la (milik Allah-lah perumpamaan yang tinggi).

Analogi ini adalah, tentang seorang lelaki yang mencintai seorang wanita. Ia merasa tertarik pada wanita itu, kemudian merasa susah tidur, sering memikirkan dan merenungkannya. 

Ketika manusia membicarakannya, ia seakan semakin larut memikirkannya. Ia menjadi sibuk kerananya. Akalnya bersama si wanita tersebut, dan memikirkan dirinya. 

Ketika manusia bertanya, "Apa yang kau lakukan?", ia merasa tidak melakukan kesalahan. Ia hanya tertarik pada "si dia" saja dan pada taraf ini ia tidak melakukan perbuatan haram.

Setelah tahapan tertarik, ia semakin tenggelam dalam lautan cinta, hingga ia akan membandingkan semua hal dengan "si dia". Apakah ia lebih suka melakukan sesuatu yang ia sukai atau "si dia" sukai?

Setelah itu, ia akan memasuki tahapan 'jatuh hati' (al-'Isyq). Ertinya, jatuh hati seperti air yang jatuh dari atas ke bawah. Ia tidak lagi mampu menguasai hati. Barang siapa yang jatuh cinta pada wanita, ia tidak mampu menguasai hatinya, hingga ia siap menantinya di bawah jendela rumah 6 atau 7 jam, siap pergi ke mana sahaja, menunggu tidak masalah, yang penting ia dapat pergi bersama dia. Seperti Qais dan Laila. Untuk melewati desa tempat tinggal Laila sahaja, ia harus menenangkan hati sambil berkata,

"Aku lewati kampung, kampung Laila
Kucium dinding yang ini, dan dinding yang itu
Bukan cintaku pada kampung itu yang menjerat hatiku
Tapi cintaku pada si dia yang tinggal di kampung ini"

Setelah itu, cinta akan semakin bertambah hingga sampai tahapan "Al-Gharam" (cinta buta). Ia tidak mampu berpisah lagi dari sang kekasih. Allah menceritakan keadaan penghuni neraka bahawa tidak akan berpisah dengan azab selamanya, dalam firmannya,

 إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
"...Sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal." 
[QS al-Furqan, 25:65]

Mereka tidak akan menginginkan berpisah dengan azab, sebagaimana mereka tidak ingin berpisah dari dunia.

Ketika ia mencapai tahapan ini, ia mengetahui kalau ia berjalan dengan wanita itu adalah haram, tetapi ia tidak kuasa meningkirkan hasrat untuk melakukan itu. htinya telah lekat dengan "si dia" hingga hatinya tidak akan kuasa meninggalkan cinta itu selamanya.


Cinta akan semakin menghujam hingga sampai tahapan tergila-gila,
"Asy-Syaghaf". Inilah puncak tingkatan cinta, ertinya cinta telah menyentuh hati yang palin dalam, Allah berfirman,
وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَنْ نَفْسِهِ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا
"Dan wanita-wanita di kota berkata, "Isteri Al-Aziz meggoda bujangnya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam.."" 
[Qs Yusuf, 12:30]

Besarnya cinta pada Yusuf telah mendorongnya melakukan perbuatan yang sangat berani. Ia berkata, "Kemarilah, pintu sudah ditutup." Ia tidak akan berani melakukan itu, kecuali cintanya telah menghujam ke hati yang paling dalam.

+++

Saya telah memberikan contoh ketertarikan hati yang mengakibatkan ia berani melakukan perbuatan haram.


Begitulah Seharusnya Mencintai Allah


Apakah kita memulai hari-hari kita dengan memikirkan Allah SWT?

Bukankah ini tingkatan pertama mencintai Allah?

Apakah kita akan memberikan pada hamba apa yang tidak kita berikan pada Allah?

Kita memberikan cinta dan ketaatan kepada hamba-Nya, dan tidak memberikan kepada-Nya walau satu per empat cinta, lalu kita mengaku kita mencintai-Nya.

Siapa yang bergadang membaca al-Qur'an semalam suntuk, atau memikirkan Allah SWT? Inilah permulaan cinta, ketika seseorang menghabiskan malamnya dengan al-Qur'an.

Setelah itu hatinya semakin tertarik, ia mulai mengikuti pelajaran-pelajaran. Ia nikmati pkepayahan duduk kerana penuh sesak, sebab cinta mulai banyak bertambah dan mengait d dalam hati.

Ketika cintanya bertambah, seperti dalam contoh, ia mula membandingkan apa yang ia cintai dan si dia cintai. Ini pulalah yang terjadi, seorang hamba sebelum melakukan amalan selalu bertanya,

"Apakah amalan ini diredhai Allah atau tidak?"

Cinta pun semakin bertambah hingga memenuhi hati, dan hawa nafsunya mengikuti Penciptana. Inilah puncak cinta, hawa nafsu kita mengikuti kesenangan Allah SWT.

Setelah itu cinta semaki bertambah, sampai ia berusaha keras untuk menyenangkan Allah, seperti "sang pecinta" rela pergi menemui kekasih, menantinya beberapa jam, dan siap menerima hukuman, asal sang kekasihnya suka kepadanya. 

Kerana cinta,  ia mahu berdagang (terasing), memeras tenaga, mempelajari al-Qur'an, menghafal dan sebagainya.

Cinta akan semakin bertambah hingga mencapai tingkatan asy-Syaghaf. Di dunia ini ia hanya memiliki tujuan mencari keredhaan Allah SWT. Ia hidup hanya untuk menyenagkan Kekasih-nya, mengerjakan perintah-Nya dan melakukan semua yang Ia sukai.

Cinta akan semakin bertambah, sampai semua hidup kita diberikan pada Allah SWT. 

Tidak ada kenikmatan, keceriaan, kesedihan dan amal perbuatan kecuali untuk menyenangkan Allah. Maka ia bekerja, belajar, menikah, dan apa sahaja niatnya hanya untuk menyenangkan Allah dan meninggikan agama-Nya.

Setelah itu, cinta akan semakin menebal hingga kita berharap manusia mencintai Kekasih kita seperti kita mencintai-Nya. Maka jadilah kita da'i di jalan allah SWT. Kita tidak akan membiarkan manusia jauh dari Allah, sementara kita hanya diam dan tidak campur tangan.

Dalam sebuah hadis diceritakan seorang lelaki yang beribadah di kampung yang penuh ahli maksiat. Allah berfirman kepada jibril.
"Tenggelamkan kampung itu!'
Jibril berkata,
"Wahai Tuhanku, di sana ada hamba-Mu si Fulan yang selalu rukuk dan sujud."
Allah berkata,
"Wahai Jibril, mulailah! Sesungguhnya wajahnya tidak berpaling pada-Ku satu jam pun.'
[HR Baihaqi]

+++

DI ANTARA PUNCAK CINTA PADA ALLAH, ORANG YANG MENCINTAI-NYA TIDAK KUASA MELIHAT MANUSIA BERMAKSIAT DALAM HAK ALLAH. MEREKA INGIN SEMUA MANUSIA MENCINTAI ALLAH, KERANA IA TAHU CINTA ALLAH SANGATLAH INDAH

+++


Cinta akan semakin bertambah sampai ia menghinakan diri. Setiap kali bicara pada Nabi SAW dalam al-Qur'an, Allah selalu menyeru dengan sebutan 'hamba'. Perhatikanlah,

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ
"Mahasuci Allah, yang memperjalankan hamba-Nya..." 
[QS al-Isra', 17:1]
Sebab, nilai tertinggi kecintaannya adalah saat ia redha ketika Allah memanggilnya dengan sebutan kehambaan. 

Cinta semakin bertambah hingga ia benar-benar menjadi hamba. Ia menjadi khusyu' di mihrabnya, melakukan solat malam sampai air matanya mengalir berjatuhan, kedua tangannya menengadah ke langit, ia merasakan gelora cinta, ia merasaaa sangat dekat dengan Allah.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
"Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." 
[QS Qaf, 50:16]

Hal menakjubkan dari kedekatan dengan Allah adalah, menikmati dengan menghinakan diri pada-Nya.

Saya yakin semua manusia pernah merasakan hal ini walau sebentar dalam hidupnya, hingga Allah mengajarkan kepadanya, nikmat berdekatan dengan-Nya. Bezanya, seorang mu'min sejati hidup dengan perasaan in setiap hari.

Setiap hari merasakan kehambaan, kehinaan, kekhusyukan dan kedekatan kepada-Nya.

Ketika darjat cinta semakin meningkat -tetapi bukan tingkatan kita-, ia akan menjadi kekasih ar-Rahman (Yang Maha Pengasih). Ini dimiliki dua orang sahaja, iaitu Nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW. Tak seorang pun yang akan sampai pada tingkatan ini, kecuali mereka berdua. Allah berfirman,

 وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلًا
"Dan Allah telah mengambil Ibrahim sebagai kekasih." 
[QS an-Nisa', 4:125]

Lalu Nabi SAW bersabda,

"Allah telah mengambilku sebagai kekasih sebagaimana Dia telah mengambil Ibrahim sebagai kekasih." 
[HR Muslim] 

Sampai manakah darjat cinta kita?

Siapa yang mencintai seseorang, pasti mencintai segala hal yang menjadikannya selalu teringat pada sang kekasih.

Apakah kita mencintai orang yang beriman?

Siapa mencintai seseorang, ia akan membenci orang yang menyebut kekasihnya dengan kasar, membenci orang yang menganggu kekasihnya.

Lalu mengapakah kita mencintai orang fasik?

Mengapa kita mencintai orang yang jauh dari ketaatan kepada Allah?

dan Mengapa kita mengambil teman-teman yang jelek?


dikutip dari: [Amru Khalid, Hati Sebening Mata Air (judul asal: Islahul Qulub), m/s 136-140 (Aqwam)]


"cinta Allah bukan ilusi!"


 

Wednesday, July 27, 2011

11 Amalan Sunnat Bulan Ramadan


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah S.A.W dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.