Saturday, October 30, 2010

zikir..

Diriwayatkan seorang sahabat r.a berkata: “Ya Rasulullah, hukum syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukilah kepadaku sesuatu sebagai pagangan bagiku” Baginda SAW bersabda, “Hendaklah lidahmu basah dengan Zikrullah”
Keterangan:
Di dalam satu hadis ada disebutkan Hazrat Muaz r.a berkata bahawa perbicaraan terakhir sekali antara Rasulullah SAW dan aku ialah seperti berikut;
          “Semasa aku berpisah dengan Rasulullah SAW dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai Allah SWT. Rasulullah SAW menjawab, “Basahilah lidahmu dengan Zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia”
          Semasa berpisah bermaksud Rasulullah SAW mengutus Hazrat Muaz r.a selaku gabenor ke Yaman dalam menyampaikan dakwah di sana. Di waktu Muaz hendak berangkat, Rasulullah SAW memberikan beberapa nasihat kepadanya. Ia juga mengemukakan beberapa masalah pada Baginda SAW termasuklah masalah yang tertera di atas.
          Hukum-hukum syariat itu banyak- iaini setiap perintah hendaklah dipatuhi dan dilaksana, tetapi dalam memperolehi tingkatan yang tinggi tnentang perlaksanaan setiap perintah adalah amat sukar. Oleh itu, ditunjukilah sahabat akan sesuatu yang teristimewa agar dapat ia pegang dan amalkan dalam setiap keadaan. Demikianlah harapan sahabat yang mulia itu.
          Dalam satu hadis dilaporkan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda; “Barangsiapa yang didapati padanya empat perkara nescaya ia akan memperoleh segala kebaikan dunia dan akhirat; Pertama: Lidah yang sentiasa basah dengan Zikrullah, Kedua; Hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur, Ketiga; Anggota-anggota badan yang sentiasa menahan penderitaan, Keempat; Isteri yang tidak mengkhianati maruah dan harta benda suaminya.”. Mengkhianati bermaksud melakukan kemaksiatan. Lidah yang basah bermaksud memperbanyakkan. Ini merupakan simpulan bahasa yang mana menurut kebiasaan apabila seseorang sering menyebut nama seseorang yang lain diakatakan bahawa si fulan ini membasahi lidahnya dengan memuji si anu.
          Pada pandangan saya yang lemah ini, jika seseorang jatuh dalam percintaan maka lidahnya akan merasa kenikmatan dan kelazatan dengan hanya menyebut nama orang yang dicintainya. Hakikat ini  tentu dirasai oleh orang yang pernah jatuh cinta. Oleh itu, maksudnya jelas iaitu hendaknya seseorang itu menyebut nama Allah SWT sehingga kelazatan dapat dirasai oleh penyebutnya.
          Dapat dilihat pada guru-guru yang arif apabila mereka berzikir secara jihir (mengeraskan suara) maka kelazatannya dapat dirasai oleh orang yang disekililingnya. Namun hal ini hanya diperolehi dengan rasa cinta menyebut nama Allah SWT dengan sebanyaknya. Dinyatakan dalam sepotong hadis bahawa tanda mencintai Allah SWT ialah mencintai zikir-Nya dan tanda membenci Allah SWT ialah membenci zikir-Nya.
          Abu Darda r.a berkata bahawa orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah, maka mereka itu akan memasuki syurga sambil tersenyum.

Thursday, October 28, 2010

Sabar...

.....hari-hari yang mencabar bagi diriku,..dan bkn sahaja diriku,.ttp jg kpd rakan2 sepejuanganku di sini..saat brubah ke minit,.minit ke jam,.jam ke hari,.hari ke minggu,.minggu ke bulan,.bulan ke tahun..semuanya kami lalui...dlm laluan yg d lalui..trlalu bnyk suka dan duka yg d hadapi..tp kmi tahu,,smuanya sdh diaturkan olehMu..cukup sempurna aturanMu..smunya ada hikmahMu..hikmah yg boleh difikirkan secara logik akal skurang2nya..stakt ini,.i2 sahajala yg mmpu dtafsirkan oleh diriku...Ya Allah..Ampunkan dosa-dosa2ku, dosa2 kedua ibubapaku,.cucurkanla rahmat kpd kdua2nya,,Ampunkanla dosa2 sluruh seisi kluargaku,dosa2 smua rakan2ku,.permudahkan urusan kmi Ya Allah dlm mjlnkan tnggugjwab sbg khalifahMu d muka bumi ini..Ampunkanla dosa2 smua org2 islam smada llki dan prmpuan dan smua org2 briman smada llki mhupun prmpuan, smada yg masih hidup ataupun tlah mninggal dunia..Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday, October 27, 2010

kediaman kluargaku..:)


miss this place,.i wiil come back around 24 or 25  this nov...wait me..:)

ZIKIR


Abu Musa r.a memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Perbandingan antara orang yang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati.”

Keterangan lain:

Baginda Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa tidak mengingati Allah SWT sungguhpun ia hidup namun keadaannya tidak berbeza dengan keadaan orang yang mati, kehidupannya adalah sia-sia belaka”

Hakin Termizi r.a berkata, “Zikrullah itu melembutkan hati. Maka apabila hati itu lalai dari mengingati Allah SWT maka dengan kepanasan nafsu dan api syahwat hatinya menjadi keras membatu dan sejurus itu anggota-anggota lainnya turut menjadi keras, terhenti dari mentaati dan mematuhi(perintah-perintah Allah SWT). Jika anggota-anggota itu ditarik maka pasti akan terpatah seperti kayu kering yang tidak bengkok jika dibengkokkan, ia hanya untuk membakar sahaja.”

Tuesday, October 26, 2010

Kelebihan zikir 'Laailaha illallah'

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya

Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilahaillallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilahaillallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".


Kelebihan:
1.     Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2.     Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3.     Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

4.     Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

7.     Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8.     Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing  yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9.     Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.


untuk dikongsi bersama...Amalkan zikir ini sentiasa.......

Bersangka baiklah kepada semua perkara..

.......apa yg spatutnya present klmarin,.d tunda ke hari ni,.apa yg spatutnya present hari ini d tunda ke esok..adakah patut aq mengeluh..?? jwpannya tidak..ssungguhnya bersangka baiklah kpd sgla prkra dan yang UTAMA..bersangka baiklah kepada KETENTUAN ALLAH SWT kpd kita..Sesungguhnya,.Allah tidak akn mmberi sebarang ujian yg tidak sesuai dgn kemampuan ssorang hamba-Nya....Waallahu alam......

Monday, October 25, 2010

petua mudah untuk hidup bahagia

Apakah petua mudah untuk hidup bahagia itu?

Petuanya ialah, "INGAT 2 Perkara, LUPA 2 Perkara" ;

* INGAT (1)

Ingatlah kebaikan orang kepada kita. Syukur dengan kebaikan yang diterima. Hargai dan ingati selalu.

* LUPA (1)

Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa jua. Jangan diungkit-ungkit. Jangan disebut-sebut.

* INGAT (2)

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada orang lain. Istighfar selalu. Minta maaf pada dia, pohon ampun pada Allah.

* LUPA (2)

Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang lain kepada kita. Walau hati terluka, lupakan sajalah. Maafkan dia.

InsyaAllah, sama-samalah kita amalkan. ;)_

Seni Mata Pensil

(Gambar) Seni Mata Pensil, Bukan Di Hujung Pensil

Gile siapa yang rajin dan berotak seni buat camni. Memang kene tabik banyak kali, bukan senang nak ukir sampai jadi  camni.
Kalau kami di beri kayu yang besar pun belum tentu dapat buat camni, maklumlah, abang admin nih buta seni, paling cantik penah ukir pun sampai jadi kapal layar dalam mimpi.
Agak-agaknya kalau suruh orang yang buat ini ukir jawapan kat mata pensil boleh tak?
Baca lagi untuk lebih gambar

Sunday, October 24, 2010

Pilih Keinginan atau Keperluan ?

Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab “Al-Zuhd” bahawa Umar bin Al-Khattab suatu hari berkunjung ke rumah anaknya, Abdullah. Tiba-tiba dia melihat sepotong daging di rumah itu. Dia lalu bertanya, “Mengapa ada daging di sini?” Abdullah menjawab, “Aku teringin memakan daging, jadi aku membelinya.” Umar lalu berkata, “Apakah setiap kali teringin sesuatu, engkau terus memakannya? Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali dia menginginkan sesuatu lalu memakannya.”


Imam Ahmad juga meriwayatkan dalam kitab yang sama bahawa suatu hari Umar berjumpa dengan Jabir bin Abdillah yang sedang membawa daging dari pasar. Ia lalu bertanya, “Apa yang engkau bawa itu, wahai Jabir?” Jabir menjawab, “Ini daging. Aku membelinya sebab teringinkan hendak makan daging.” Sekali lagi Umar berkata, “Apakah setiap kali menginginkan sesuatu, engkau membelinya?”


Nafsu


Ucapan Umar Al-Faruk yang diakui Baginda Nabi s.a.w sebagai sangat pandai memilih kebenaran dan kebatilan ini adalah tepat untuk dijadikan panduan hidup. Beliau mengajarkan agar kita tidak menjadikan “keinginan” sebagai asas konsumsi melainkan “keperluan”. Sebab hakikat keinginan adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Begitulah seterusnya sehingga jika selalu dituruti, ia akan menghantar manusia kepada gaya hidup mewah yang berakhir dengan pembaziran.


Sementara itu, asas keperluan intinya menjadikan akal rasional sebagai pembuat keputusan. Dengan kecerdasannya, akal akan memilih benda-benda yang penting dan yang kurang (atau sama sekali tidak) penting. Akibatnya, seseorang yang berpegang kepada asas ini dapat mengawal perbelanjaannya dengan baik dan selamat daripada kegawatan financial.


Prinsip ini memperlihatkan ketinggian fiqah Sayidina Umar. Sebab tidak terhitung anjuran Islam agar kita membangkang keinginan nafsu. Al-Quran bahkan menyebutkan bahawa sikap memperturutkan hawa nafsu merupakan gaya hidup kafir yang tidak selari dengan prinsip keislaman. “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka.” (Al-Najm: 23)


Al-Quran juga menceritakan bahawa orang kafir menjadikan nafsunya sebagai tuhan selain Allah (Al-Furqan: 25). Jika begitu, membangkang keinginan nafsu merupakan persaksian tauhid yang sangat tinggi sehingga tepat ucapan Imam Sahl bin Abdillah Al-Tustari: “Allah tidak disembah dengan suatu amalan yang lebih baik daripada membangkang keinginan nafsu.”


Kisah tokoh Islam yang berkaitan dengan hal ini sangat banyak kita temui dalam buku-buku sejarah. Sayidina Umar, yang kisahnya membuka tulisan saya kali ini, terkenal dengan sangat pandai mengawal nafsu sehingga tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan kepadanya.


Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab Al-Zuhd bahawa pada suatu hari, pelayan Umar yang bernama Aslam berkata dalam hati: “Hari ini, aku akan membuat Umar mencela makanan.” Lalu dia menghidangkan segelas susu yang masam untuknya. Seketika meminum susu ini, wajah Umar berubah. Namun dia tidak mencela minuman itu, sebaliknya berkata, “Duhai betapa lazatnya rezeki Allah s.w.t.”


Anaknya, Abdullah bin Umar, sejak ditegur ayahnya tadi selalu meninggalkan sesuatu kerana Allah setiap kali mencintainya. Nafi, pembantunya, berkata, “Setiap kali Ibn Umar mencintai sesuatu dari harta miliknya, dia akan melepaskan sesuatu itu. Suatu hari dia menunggang seekor unta dan merasa sangat menyukainya. Dia segera turun dari unta itu dan berkata, wahai Nafi, lepaskan pelana ikatan unta ini dan jadikanlah ia korban untuk Baitullah.”


Prinsip hidup ini terus hidup dalam masyarakat Islam hingga berabad-abad kemudian. Ulama Baghdad yang terkenal, Sari bin Abdillah Al-Saqathi, pernah berkata, “Sejak tiga puluh tahun yang lalu, nafsuku selalu menuntut untuk (memakan) wortel yang dicelup ke dalam madu, namun aku tidak menurutinya.”


Balasan Meninggalkan Nafsu


Saya sedar bahawa ajakan untuk meninggalkan nafsu sangat ringan di lidah namun sangat berat diwujudkan dalam perbuatan. Apatah lagi hati manusia selalu berusaha memperoleh kelazatan sebanyak-banyaknya. Namun hal tersebut menjadi ringan sekiranya kita meyakini bahawa meninggalkan nafsu pada hakikatnya adalah menukar kelazatan kecil dengan kelazatan lain yang lebih besar.


Jangan salah faham. Saya tidak membicarakan tentang kelazatan syurga yang hanya boleh dinikmati selepas meninggal dunia. Insya-Allah kita akan mendapatkan itu juga nanti. Tetapi saat ini saya sedang berbicara tentang kelazatan “syurga dunia” yang dapat dirasakan sebelum nyawa kita berpisah daripada jasad. Ibn Athaillah al-Sakandari berkata, “Tuhan kita sangat pemurah. Tidak mungkin kita bekerja untuknya sekarang namun ia membalasnya nanti.”


Percaya atau tidak, anda dapat merasai balasan daripada amalan meninggalkan nafsu yang anda lakukan di dunia ini sebelum menerima pahalanya di akhirat kelak. Balasan minima yang segera anda rasakan adalah kenikmatan kembali kepada Allah dan berdamai dengan hati nurani. Ibrahim Al-Khawas berkata: “Barang siapa yang meninggalkan keinginan nafsu, namun ia tidak merasakan (kelazatan) balasannya dalam hati, bererti ia tidak jujur dalam meninggalkannya.”


Balasan lain yang sedang menunggu seperti yang dijelaskan oleh seorang sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ubay bin Ka’b katanya: “Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu kerana Allah, melainkan Allah akan memberinya sesuatu yang lebih baik daripada itu dari arah yang tidak disangka-sangka.” Ucapan ini diriwayatkan oleh Ibn Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd.


Bagi pemuda yang suka melihat sesuatu yang haram, sila renungi ucapan sahabat Nabi s.a.w yang diakui ketinggian ilmunya ini. Lalu ditinggalkannya kerana kelazatan maksiat yang sedang menjerat itu hakikatnya membunuh anda. Dan yakinlah, kelazatan yang lebih besar (hanya Allah yang tahu apa bentuknya) sedang menunggu anda sebagai balasan yang Allah berikan kepada orang yang meninggalkan nafsu kerana-Nya.


Jika anda merasa seronok menghisap rokok, cubalah meninggalkan keseronokan ini kerana Allah. Nescaya keseronokan lebih besar dan halal akan menghampiri anda sebagai gantinya dari Allah.


Jika anda berasa nikmat mempraktikkan gaya hidup bebas daripada aturan agama tanpa hukum halal dan haram, sudah sampai saatnya anda merenungkan kembali kenikmatan itu. Jika ianya membawa kepada kenikmatan sebenar, sila anda memperturutkan nafsu anda hingga akhir hayat. Tapi jika anda yakin nikmat itu hanya akan berakhir dengan kesengsaraan, segera tinggalkan kenikmatan semua itu dan beralihlah kepada kenikmatan hakiki yang sedang menunggu anda.


Akhirnya,


Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barang siapa yang meninggalkan sehelai pakaian (kerana dorongan) tawaduk kerana Allah, padahal dia mampu memakainya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan semua makhluk lalu membiarkannya memilih baju-baju iman yang dia kehendaki.”


Sering kali seseorang membeli sehelai pakaian bukan kerana memerlukannya untuk menutup aurat atau menjaga daripada panas atau sejuk. Dia membelinya hanya kerana pakaian itu pernah dilihatnya di dalam sebuah majalah fesyen. Begitu juga sikap sebahagian orang terhadap telefon bimbit, beg tangan, kereta, komputer riba dan aksesori lain yang mewarnai hidup kita. Hadis di atas menjelaskan balasan akhirat untuk orang yang bersedia meninggalkan kebiasaan buruk ini.


Akhirnya, sering-seringlah bertanya kepada diri sendiri ketika anda sedang memandang sesuatu benda di pusat beli belah, “Apakah saya ingin atau perlu membeli barang ini?” Lalu ucapkan kata-kata Sayidina Umar dengan jelas, “Cukuplah pembaziran yang dilakukan seseorang, setiap kali ia menginginkan sesuatu yang dia membelinya.” Wallahu a’lam.
Ustaz Zahazan Mohamed: SEKADAR PERINGATAN
PETIKAN DARI MAKALAH US UMAR M NOR DALAM MAJALAH SOLUSI

Saturday, October 23, 2010

GAMBARAN ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya
> seperti
> tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati
> kecuali
> Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu,
> Izrail pun mencabut
> nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
>
>
>
> 2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
> mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?"
> Tiada siapa yang
> menjawab.
Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
> "Kepunyaan
> Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini
> menunjukkan kebesaran &
> keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal
> Hidup, tidak
> mati.
>
>
>
> 3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan,
> seterusnya
> meniup sangkakala
>  untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
> di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang
> Arafah) yang
> rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
>
>
>
> 4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg
> disebut "Ajbuz
> Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.
> Hiduplah manusia
> umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
>
>
>
> 5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan
> telanjang dan
> hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati
> mereka sangat
> takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan
> mereka hadapi
> kelak.
>
>
>
> 6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi
> seperti guruh
> yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat
> perhimpunan besar.
> Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak
> amal),
> berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan
> muka (bagi
> yang banyak dosa).
>  Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
> lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib
> mereka.
>
>
>
> 7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan
> dihapuskan
> cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa
> cahaya.
> Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
>
>
>
> 8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang
> dahsyat, lalu
> turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala.
> Seluruh
> makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan
> suaranya yang
> menakutkan.
>
>
>
> 9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang
> berganda.
> Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari
> atas
> kepala mereka.
Ulama berkata jika matahari naik di bumi
> seperti
> keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
> terbakar, bukit-
> bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai
> kepanasan
> dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi
>  lautan. Timbul
> atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
> Keadaan
> mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
>
>
>
> 10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad
> s.a.w. bernama
> Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum
> oleh orang
> mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh
> malaikat yang
> menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus
> selama-lamanya. Kolam
> ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
> perjalanan. Bau air
> kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
> dari susu dan
> rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang
> mengalir
> dari syurga.
>
>
>
> 11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik
> kecuali 7
> golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
>
>
>
> 1. Pemimpin yang adil.
>
> 2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
>
> 3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

>
> 4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana
> Allah.
>
> 5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia
> menolak dengan
> berkata "Aku takut pada Allah".
>
> 6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui
> orang
> ramai).
>
> 7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu
> mengalir air
> matanya kerana takutkan Allah.
>
>
>
> 12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar,
> semua
> manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang
> beriman, kemudian
> mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para
> Nabi". Maka
> mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan
> manusia
> ini berjumpa dengan
Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal
> kerana Nabi
> Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan
> dengan Allah
> Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa
>
Nabi Nuh a.s.,
> Nabi Ibrahim a.s.,
Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya
>  memberikan
> sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
> Rasullullah
> saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
> 1000 tahun
> perjalanan.
>
>
>
> 13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat
> Allah
> Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
>
>
>
> 14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat
> hingga
> menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab
> akan turun.
> Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul
> oleh 8 orang
> malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan
> 20ribu tahun)
> sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga
> 'Arasy itu tiba
> dibumi.
>
>
>
> 15. 'Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar
> berbentuk kubah
> (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa
> dipikul
> oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa
> mudah ia
> seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang
>  menempatkan jutaan
> malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab
> cahayanya
> yang sangat kuat.
>
>
>
> 16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di
> hadapan Arasy
> yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz
> kursi lebih
> kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam
> bahasa mudah
> ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
>
>
>
> 17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut.
> Lalu
> dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab
> amalan
> masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
> pemiliknya tanpa
> silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk
> dihisab.
> Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /
> Raqib
> & 'Atid /
Kiraman Katibin.
>
>
>
> 18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin
> masing-
> masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin
> mereka yang
> zalim.
>  Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk
> dibezakan.
>
>
>
> 19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi
> Muhammad s.a.w.,
> dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
> Sedangkan hukum
> yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan
> darah.
>
>
>
> 20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
> amalannya, malaikat
> akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya
> mengambil
> dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan
> kiri jika
> orang bukan mukmin.
>
>
>
> 21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan
> satu Neraca
> Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
> mempunyai
> lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang
> pahala dan yang
> gelap untuk menimbang dosa.
>
>
>
> 22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para
> imam 4
> mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
>
>
>
> 23.
>  Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan
> Islam,
> maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan
> buruk tetap
> akan ditimbang.
>
>
>
> 24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan
> akan berkata-
> kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah
> tipuan.
> Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha
> Bijaksana.
>
>
>
> 25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka
> kepada orang
> ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang
> sedang
> dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
> dibenarkannya
> menyeberangi titian sirat.
>
>
>
> 26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
>
> a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
>
> mempercepatkan hisab.
>
> b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
>
> c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah
> dari neraka.
>
> Semua syafaat ini tertakluk
>  kepada keizinan Allah Ta'ala.
>
> 27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga
> diberikan izin oleh
> Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.
> Mereka ini
> berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan
> mensyafaatkan 70 000
> orang yang lain.
>
>
>
> 28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan
> menuju syurga
> melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan
> (titian)
> yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini
> adalah seperti
> sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari
> mata pedang.
> Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
> menyeberanginya.
>
>
>
> 29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan
> masa 15000
> tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000
> tahun menurun.
> Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
> menunggang
> binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat
> melepasinya

> disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu
> mereka jatuh
> ke dalamnya.
>
>
>
> 30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi
> setiap
> makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat,
> hanya seorang
> sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke
> dalam
> neraka.
>
>
>
> Rujukan:
>
> Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh
Zainal Abidin Muhammad
> Al-
> Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
>
>
> Dalam sepotong ayat dan hadis ada
> menerangkan:
>
> "Sesungguhnya yang mengada-adakan
> kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman
> dengan ayat-ayat Allah dan merekalah
> pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)
>
>
> "Barangsiapa
> mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah
> Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR:
> Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
>
> -Berpesan-pesan sesama
> insan-

sayangi ayah dan ibu walau bagaimana pun mereka....

Ibu, kau ratu hatiku. Ayah, kau pahlawan jiwaku……


"Jauhnya akak termenung. Ingatkan apa tu?" soal ibu yang tiba-tiba datang ke bilikku.
"Takda apa lah ibu. Akak rasa mengantuk, jadi mengelamun pulak," jawabku.
"Mengantuk dengan mengelamun mana sama la sayang. Hmm,jangan lama-lama mengelamun tu, kejap lagi kita nak pergi berbuka di rumah ayah," pesan ibu lalu keluar dari bilikku.


Ibu, membesarkan aku, abang dan adik-adikku seorang diri. Ayah telah menceraikan ibu ketika aku berusia sepuluh tahun. Terlalu muda untuk aku memahami masalah rumahtangga yang melanda masjid yang ibu dan ayah bina selama 16 tahun. Aku cuma mampu melayari kehidupan yang serba kekurangan dan membesar tanpa kasih dan sayang seorang ayah.
Walaupun kami ditinggalkan ayah sewaktu masih kecil tapi di hati kami tidak pernah terlintas sedikit pun perasaan marah terhadap ayah. Kami sering didengarkan dengan cerita-cerita baik tentang ayah dari ibu. Bila kami soal tentang penceraian ibu dan ayah, ibu cuma mahu kami terima itu sebagai takdir dan jangan sesekali menyalahkan ayah. Betapa baik hati ibu walaupun telah ditinggalkan dan terpaksa menjaga kami tanpa mendapat nafkah dari ayah.


Kami semakin dewasa dan sudah mengenal erti kehidupan. Kami sudah faham situasi yang melanda ayah dan ibu sehingga membawa mereka kepada penceraian. Aku mula menyimpan rasa marah terhadap ayah. Marah apabila aku mendapat tahu bahawa ayah menceraikan ibu untuk berkahwin dengan wanita lain yang merupakan seorang janda. Sanggup ayah melepaskan ibu menjadi seorang ibu tunggal kerana wanita lain. Dimana cintanya ayah pada ibu? kemana hilangnya sayang ayah pada ibu dan anak-anaknya? Aku memang menyalahkan ayah atas kesengsaraan hidup yang ayah tinggalkan untuk kami anak-beranak.


Betapa kami terpaksa merantau ke merata tempat untuk membina kehidupan. Berpindah-randah sudah menjadi kebiasaan kami. Bermacam-macam pekerjaan juga yang ibu lakukan untuk menampung perbelanjaan dan persekolahan kami. Sayu hatiku tatkala aku dan Faqeh, adikku yang ketiga menemankan ibu sewaktu ibu bekerja sebagai penyapu sampah di taman-taman rekreasi. Ibu tidak mengira penat lelah, malah di bulan puasa juga ibu tetap bekerja dan membuat kuih untuk mendapatkan wang tambahan. Betapa sabarnya ibu menempuh dugaan hidupnya. Mungkin kami adalah kekuatannya dan bagi kami, ibulah segala-galanya bagi kami. Kekuatan ibu adalah kekuatan kami, kedukaan ibu juga kedukaan kami. Ibu sering berpesan agar kami belajar bersungguh-sungguh dan jadi seorang yang berjaya agar tidak jadi sepertinya yang terpaksa bersusah payah mencari pekerjaan.


Dengan semangat ibu yang mengalir dalam darah kami, kami empat beradik berusaha belajar dengan tekun untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga kami. Aku lupakan ayah walaupun ibu menegah aku melakukannya. Mungkin dalam keluarga ini aku yang paling degil dan paling gemar mengikut perasaanku sendiri. Aku tidak peduli apa yang dipesan ibu, aku tidak endah apa yang dinasihat oleh abang. Namun aku terpaksa akur dengan kehendak Illahi. Beginilah tertulisnya takdir untuk keluargaku. Aku harus menerima ayah dan keluarga barunya walaupun perit hati menahan sebak melihat ayah menbelai anak tirinya. Apa kurangnya kami darah dagingnya sendiri? Tidak teringinkah dia untuk memeluk dan menyayangi kami?


Sudah sepuluh tahun berlalu. Faez, abangku yang berjaya melanjutkan pelajarannya ke universiti dan kini sudah bekerja sebagai seorang jurutera. Aku pula kini sedang meniti hari-hariku sebagai seorang pelajar perubatan di salah sebuah pusat pengajian di Pulau Pinang. Kehidupan kami bertambah baik. Rezeki kami murah dan kami sentiasa diberi perhatian oleh saudara mara dan jiran tetangga. Alhamdulillah, abang menjadi seorang ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab walaupun dia terpaksa memikul tanggungjawab itu dari usia yang muda. Abang menjaga ibu, aku dan adik-adik dengan cukup kasih sayang dan sabar. Betapa aku beruntung punya abang sepertinya.


Benar kata orang, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah disebaliknya. Dengan pengalaman hidup kami ini, kami menjadi manusia yang lebih tabah dan berdikari. Kami tidak pernah berharap untuk bersama-sama ibu ketika sesi pendaftaran persekolahan atau di universiti. Kami mampu lakukan semua itu sendiri kerana kami rasa cukup sudah pengorbanan ibu terhadap kami selama ini, jadi biarlah kami pula berusaha untuk menguruskan hidup kami sendiri. Ayah pula, semakin usianya meningkat semakin dia diberi kesedaran tentang apa yang telah dilakukannya pada kami dulu. Pernah dia meminta ibu untuk berkahwin semula dengannya namun ibu menolak dengan alasan ibu tidak mahu mengacau rumahtangga ayah dan isterinya. Aku kagum dengan ibu. Tentu ramai juga yang kagum melihat ketabahan seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya sendiri. Itulah dia ibuku.


Usiaku yang mencecah 20 tahun ini akan ku manfaatkan sebaik mungkin untuk berbakti kepada ibu dan keluargaku. Aku akan belajar dengan baik dan mendapatkan segulung ijazah yang membolehkan aku mencari pekerjaan yang bagus agar dapat memberikan keselesaan kepada ibu dan membalas jasa ibu. Tidak kulupakan ayah. Aku sudah mampu mengikis rasa marah terhadapnya dari dalam hatiku. Mungkin kerana penyesalan yang ditunjukkannya membuatkan aku sedar, tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Kehidupan ayah juga kulihat agak susah. Rumahnya yang kecil untuk memuatkan penghuni melebihi lima orang dan persekitaran yang tercemar membuatkan aku menyesal kerana pernah membenci ayah suatu ketika dahulu. Kesihatan ayah juga sering terganggu lalu ayah terpaksa berhenti kerja. Kini, ayah hanya melakukan kerja-kerja ringan untuk menampung kehidupan dan dibantu oleh ibu tiriku.


Memang kehidupan kita ibarat roda. Setiap apa yang kita pernah lakukan dahulu kita pasti akan mendapatkannya semula. Begitu juga dengan ayah. Bukan niatku untuk mentertawakan kesusahan ayah, aku cuma mengingatkan diriku sendiri untuk lebih bertindak rasional dalam menentukan kehidupan.


"kita berkongsi ibu yang sama. Kita berkongsi ayah yang sama. Akak tak sanggup melihat ibu mengalirkan airmata kerana kesalahan dan kedegilan kita. Biarlah ibu menangis kerana melihat kejayaan kita, melihat kita jadi manusia yang berguna."
Itu pesanku kepada adik-adikku tiap kali aku melihat ibu bersedih. Aku yakin, mereka juga tidak sanggup melukakan hati ibu. Cukuplah aku yang dahulunya degil dan keras kepala. Kini, aku mahu menjadi seorang anak yang membahagiakan hati ibu dan ayahnya.


Memandangkan ini tahun keduaku di universiti ini, maka terdapat banyak perkara yang harus aku lakukan. Kadangkala sehingga dua bulan aku tidak pulang ke kampung menjenguk ibu dan adik-adik. Hanya abang saja yang sering ku temui kerana abang bekerja di Pulau Pinang. Seringkali abang mengajakku untuk kerumah ayah, menjenguk ayah tapi hatiku rasa malu dan tidak rela untuk kesana. Aku tidak sanggup untuk bersemuka dengan ayah kerana rinduku yang membuak membuatku mengalirkan airmata setiap kali berhadapan dengan ayah. Aku rindukan pelukan ayah, aku rindukan panggilan ayah untukku. Airmata bergenang di tubir mataku sewaktu pertama kali bersalaman dengan ayah setelah beberapa lama ditinggalkan ayah. Tangan itulah yang sering aku rindukan setiap pagi sebelum kesekolah. Aku hanya akan pergi kerumah ayah jika ibu ada bersama. Aku perlukan kekuatan ibu untuk berhadapan dengan ayah. Ketabahan ibu membolehkan aku tersenyum di hadapan ayah. Dan mungkin inilah juga berkat kesabaran dan kerendahan hati ibu, ibu tiriku tidak pernah sekali pun menunjukkan rasa janggal terhadap kami setiap kali kami bertemu. Dia melayan kami dengan baik dan menganggap kami seperti keluarganya. Akhirnya aku dapat melihat sebuah keluarga besar yang bahagia dan ada aku di dalamnya yang sedang merasai kebahagiaannya. Aku rasa cukup bertuah dan seolah-olah penderitaan dan kesengsaraan kami selama ini sudah berbayar dengan kebahagiaan ini.


Namun, siapa dapat menduga apa yang akan berlaku kelak. Siapa dapat melihat kebahagiaan yang tidak berpanjangan. Memang aku akui, aku semakin sibuk dengan tugasan-tugasan dan aktiviti di universiti sejak akhir-akhir ini. Aku cuma berkesempatan untuk menelefon ibu dan adik-adikku. Aku juga sering menelefon ayah untuk bertanyakan khabarnya. Tidak dinafikan tahap kesihatan ayah semakin merosot. Aku risau namun aku harus optimis. Aku harus yakin bahawa ayah cuma sakit biasa ataupun sakit tua. Aku sering juga menasihati ayah berdasarkan ilmu-ilmu perubatan yang telah aku pelajari.


Tersentak aku dari lamunan tatkala telefon bimbitku berdering. Ku lihat nama yang terpampang `abang', lalu segera ku jawab.


"Assalamualaikum, kenapa abang? Pukul berapa nak ambil ni?" soalku sebaik panggilan kujawab.
"Waalaikumsalam. Akak, ibu mana?" soal abang tanpa menghiraukan pertanyaanku.
"ibu ada tengah siapkan makanan nak bawa ke rumah ayah nanti. Abang jadi ambil tak ni?" soalku lagi.
"Akak, kalau abang beritahu ni akak kena tenang je boleh?" Pinta abang. Hairan.
"Abang ni buat akak takut la. Apa abang nak beritahu ni?" jawabku.
"Ayah..tadi abang dapat panggilan dari makcik, dia beritahu yang aya…..,"
"Kenapa dengan ayah? Ayah sakit ke abang? Cepat beritahu akak." Aku cemas. Hatiku sudah mula gelisah. Terbayang pelbagai kemungkinan yang berlaku pada ayah.
"Ayah masuk hospital. Serangan jantung."
"Ibu!!!!!!!" jeritku memanggil ibu.
Bergegas ibu dan dua adikku datang ke bilikku. Kelihatan ibu sangat cemas mendengar jeritanku.


"Ayah.. ibu… Ayah masuk hospital bu. Ibu kenapa dengan ayah bu," beritahuku dalam esakan. Lalu ku berikan telefon bimbitku pada ibu.
Aku tidak mampu menahan airmata dari gugur. Aku tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada ayah. Aku tidak rela melihat ayah sakit. Aku tidak rela terpisah dari kasih ayah lagi.
"Faez, kenapa ni. Kenapa dengan ayah?" soal ibu pada abang. Aku terus-menerus menangis.
"Ayah kena serangan jantung bu. Selepas asar tadi ayah terus dikejarkan ke hospital. ibu tunggu ya. Lagi 10 minit abang sampai ambil ibu dan adik," jawab abang.
"Ya, kamu hati-hati memandu," pesan ibu lalu talian dimatikan. Ibu juga mengalirkan air mata. Hati mana yang tidak sedih mendengar khabar berita seumpama itu. Kelihatan kedua-dua adikku diam tanpa berkata sepatah pun.


Hatiku terlalu gusar. Resah. Lalu aku terus mengambil wudhuk dan melakukan solat hajat. Memohon kepada Allah agar semuanya berada dalam keadaan yang selamat. Aku memohon dengan sepenuh jiwaku di sujud akhirku. Aku berdoa dengan penuh pengharapan. Banyaknya airmata yang mengalir tidak terkira.


Seusai solat, aku keluar untuk mendapatkan ibu. Namun, hatiku menjadi sayu apabila melihat Farisha adikku yang bongsu duduk di beranda rumah sambil teresak-esak. Lalu aku pinta Faqeh untuk menenangkannya. Aku melihat ibu sedang membungkus makanan untuk dibawa bersama nanti sebagai persediaan sekiranya kami tidak sempat singgah dimana-mana untuk berbuka. Ibu menyuruhku dan adik-adik bersiap. Aku pergi mendapatkan Farisha dan Faqeh. Kini, kulihat kedua-duanya menangis. Lalu ku peluk mereka dan menenangkan mereka. Saat itu kedengaran bunyi kenderaan yang masuk ke halaman rumah kami. Abang telah sampai dan kami harus segera bertolak agar kami dapat sampai seawal mungkin.


Ketika kami semua siap dan bersedia untuk bertolak, telefon abang berdering. Ibu tiriku menelefonnya. Aku berdebar. Berita apa pula kali ini. Kami hanya berdiam sahaja mendengarkan perbualan abang di telefon. Ku lihat wajah abang keruh, penuh dengan tanda tanya bagi kami. Talian dimatikan dan kami segera bertanyakan perihal yang diberitahu ibu tiriku tadi.


"Mak cik beritahu ayah dah kritikal. Dia minta kita cepat datang," beritahu abang sambil kakinya terus memijak pedal minyak agar kereta bergerak lebih laju. Aku lihat adik-adikku. Mereka kelihatan sugul dan hampir mengalirkan airmata.
"Faez, jangan laju sangat. Keselamatan kita kena fikir juga. Sabar nak. Tawakkal pada Allah," pesan ibu menenangkan abang.


Namun abang tidak sedikitpun menghiraukan nasihat ibu. Kami semakin hampir dengan hospital.Dia terus memecut sehingga tiba di satu selekoh…
" Abang kereta tu!!," jerit Faqeh mengejutkan semua orang di dalam kereta.
" Ya Allah!!," hanya itu yang sempat ku dengar dari ibu sebelum kereta kami terbalik dan pandanganku menjadi kelam.


****************************************************************************************************


Aku tersedar. Ku lihat sekelilingku. Ya, aku pasti aku berada di hospital. Kepalaku terasa begitu sakit. Aku mengingati kembali kejadian yang membuatkan aku terlantar di atas katil ini. kemalangan yang terjadi atas ketidaksabaran abang. Aku teringat abang, ibu dan adik-adikku. Bagaimana keadaan mereka dan yang paling aku khuatir, bagaimana keadaan ayah. Adakah ayah sudah melepasi saat-saat kritikalnya.


Aku keluar untuk mencari ibu dan yang lain. Tiba-tiba seorang jururawat menegurku.
"Awak tak boleh berjalan lagi macam ni. Awak patut berehat dulu," pesan jururawat tersebut.
"Macamana keadaan ibu, abang dan adik-adik saya?" soalku pada jururawat tersebut.
Tiba-tiba datang seorang doktor lelaki mendekati kami. Wajahnya penuh berkeyakinan memang gaya seorang doktor. Dia dan jururawat yang menegurku sebentar tadi berbincang sesuatu. Aku tidak dapat mendengarnya namun aku yakin ada sesuatu yang ingin disampaikan padaku.
"Cik Farahen, kami minta maaf, tapi kami dah cuba sedaya upaya kami. Kami harap cik dapat bersabar dengan apa yang terjadi," ujar beliau dengan nada tenang.
"Kenapa dengan keluarga saya, doktor?"
"Kami tak dapat selamatkan ibu awak. Dia tersepit dan kecederaannya terlalu serius. Saya harap cik tabah." satu kenyataan yang amat meluluhkan jiwa.
Ya Allah, apakah yang aku dengar ini benar-benar berlaku? Adakah aku berada di alam realitiku kini? Ibu, tunjukkan dirimu sekarang ibu, tunjukkan bahawa apa yang diberitahu mereka ini bohong belaka. Beritahu aku bahawa aku sedang bermimpi. Ibu…
Aku terduduk lesu di bangku pelawat. Sukar untuk aku menerima realiti ini. Dari jauh ku lihat Farisha dan Faqeh datang ke arah ku sambil menolak abang yang duduk di atas kerusi roda. Wajah mereka muram dan sayu. Ku peluk adik-adikku dengan erat. Mengalir airmata ku buat kali yang keberapa kali aku sendiri tidak pasti. Aku harus kuat kerana kekuatan ibu masih ada dalam diriku walaupun ibu telah tiada.
"Ibu dah takde. Kita kena kuat," ujarku dalam tangis.
"Kak, ayah pun. Ayah dah takde juga kak. Kita yatim piatu kak," beritahu Farisha sambil menangis teresak-esak.
Aku terpana. Bagaikan satu kejutan elektrik. Aku hampir rebah saat itu namun aku segera disambut oleh Faqeh. Ya Allah, kenapa Kau beri aku ujian yang sebegini berat. Aku tidak mampu untuk menanggung semua ini Ya Allah..
****************************************************************************************************
Tahun ini merupakan tahun pertama kami akan menyambut hari raya Aidilfitri dengan ayah yang dirindui. Memang tiada siapa dapat menduga setiap apa yang akan berlaku pada masa depan. Seperti aku yang tidak pernah menduga akan kehilangan insan -insan yang amat ku sayang dalam waktu yang sama. Aku tidak pernah berharap untuk berhari raya tanpa kedua-dua ibu dan ayah.


Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Laailahailallahu Allahu Akbar
Allahuakbar walillahilham…..
Bergetar rasa jiwa mendengar sayup takbir. Terkenang kenangan tahun lalu sewaktu kami bersama ibu ke masjid untuk sama-sama bertakbir. Ya Allah…. Kuatkan hati kami Ya Allah.. Ya Rabb, tabahkan hati kami.
Ibu, insan yang ku sayangi, kau tetap dihati ini selamanya. Pengorbananmu membesarkan kami empat beradik tidak sempat untuk kami membalasnya. Aku tidak pernah merasa kurang, ibu. Selama kita bersusah-payah aku sentiasa merasa cukup dengan melihat senyuman dan kegembiraan di wajahmu ibu.


Ayah, walaupun aku hanya sempat merasa kasih dan belaimu buat seketika, namun aku sudah cukup bangga kerana punya ayah. Aku bersyukur kerana masih sempat merasa bagaimana punya ayah, bagaimana kasih seorang ayah.


Ya Allah, semoga Kau mencucuri roh mereka berdua. Aminn..


Ayah….kasihmu yang ku rasa walau sementara itu akan ku pastikan kekal di hatiku….


Ibu…jasa dan pengorbananmu akan ku simpan kekal di benak sanubariku…

Saturday, October 16, 2010

Tajdid Iman: Perbanyak amalan wajib, sunat mantap kualiti iman


RAMAI hamba Allah yang mengeluh: "Alangkah cepatnya hatiku berubah". Sekejap kuat membara sengatan iman di hati, tetapi lama kelamaan pudar juga oleh sengatan syahwat yang berbisa. Jika dulu bersemangat mengkaji dan mengamalkan Islam, kini semangat itu menjadi surut disebabkan kesibukan dunia yang tak ada penghujungnya.

Begitulah keadaan hamba yang semakin tenggelam ke dasar lautan duniawi tanpa menyedari nafas imannya semakin lemah dan akan mati lemas akhirnya. Beruntunglah sesiapa yang mahu memperbaiki imannya, menjaga dan melindungi iman seperti dia melindungi hartanya atau popularitinya supaya tidak musnah.

Antara tanda punca kelemahan iman seorang hamba yang menyebabkan dia tersungkur di lembah dosa ialah:

#
Ibadat tidak berkualiti. Sesiapa yang berasa dirinya jauh daripada Tuhannya, terseleweng daripada jalan-Nya ataupun berhenti terlalu lama dalam permainan nafsu syahwatnya, kembalilah semula ke jalan Allah supaya dia dicintai Allah.

Bawalah dua bekalan asas iaitu ibadat wajib dan sunnah. Mungkin ketika iman lemah dia tidak sama sekali meninggalkan kewajipan tetapi ibadatnya itu kurang berkualiti dan sedikit jumlahnya. Padahal, iman diukur menurut amalan wajib dan sunat yang boleh melahirkan jiwa hamba dekat kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Allah berfirman: Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardukan kepadanya. Dan hamba-Ku itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadat sunnah sehingga Aku mencintainya." (Hadis riwayat al-Bukhari). Ramai hamba Allah yang tertipu dengan amalannya sedangkan ia hanyalah umpama debu pada pandangan Allah.

#
Hati yang tidak khusyuk. Awal kerosakan amal ialah hati yang tidak dapat menghadirkan khusyuk. Penyakit itu akan bertambah teruk apabila ia meninggalkan karat kemalasan ketika beribadat. Berjumpa dan berhubungan dengan Allah tanpa wujud perasaan seolah-olah kosong dan hampa. Dia melakukannya sekadar mendirikan kewajipan saja, tetapi tiada kemanisan ibadat.

Khusyuk hanya diperoleh dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya khusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati ialah dengan melemahkan nafsu. Sahabat membiasakan diri dengan sujud yang panjang pada akhir malam seperti mana sunnah yang diajarkan Rasulullah SAW.

Baginda memanjangkan sujud dalam solat malamnya selama kurang lebih membaca lima puluh ayat al-Quran, begitu juga ketika rukuknya. Saat paling dekat seorang hamba kepada Allah ialah ketika dia sujud. Ia mampu melembutkan hati dan mengubat jiwa yang tenat tanpa iman.

#
Berlebihan dengan perkara yang mubah. Bercuti boleh meredakan ketegangan, menjamu selera dan membeli-belah baik untuk mengubat kebosanan, memakai pakaian yang indah dan mahal tidak dilarang, membeli perhiasan dan apa yang menyukakan hati boleh melahirkan kesyukuran kepada nikmat Allah Taala.

Akan tetapi, perkara sebegini kadang-kadang membuat kita leka. Jika berlebihan segala aktiviti untuk memanjakan diri, dibimbangi akan melemahkan semangat perjuangan. Mengaburkan mata dan hati yang celik dan akhirnya larut dalam kesibukan dunia hingga melupakan akhirat.

#
Tidak menghadiri majlis ilmu. Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya, tidak jelas matlamat, arah dan tujuannya. Siapa dirinya, berasal dari manakah dia, mahu ke mana dan apa yang mahu dicapainya?

Semua itu memerlukan jawapan yang pasti tetapi manusia yang lemah iman sudah kehilangan matlamat hidupnya. Untuk mendapatkan kembali pedoman hidupnya supaya tidak tersalah jalan, dia perlukan hidayah iaitu ilmu Allah.

#
Mengalami gejala kesedihan dan kerisauan berlebihan. Apabila iman menipis, lupa kepada Allah, akan lahirlah perasaan sedih, susah hati dan murung. Benarlah firman Allah Taala yang bermaksud: "Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang."

Mengingati Allah maksudnya ingatan yang membawa kepada kegembiraan. Gembira dengan takdir-Nya, reda dengan jalan hidup yang dipilih untuknya, untung rugi harta, susah senang kehidupan kerana manusia lahir ke dunia dengan senario yang termaktub di Lauh Mahfuz.

Setiap mukmin memiliki hati yang mampu berbisik mengenai keadaan imannya, siapakah yang paling mengetahui diri kita melainkan Allah Taala dan diri kita sendiri.


'' Dan hanyalah kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan memberi balasan kepada orang-orangyang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik" (An-Najm: 31)
__._,_.___

Leukemia

Apa itu Leukemia?


Leukemia adalah barah sel darah putih dan ia boleh dikategorikan sebagai lebihan sel darah putih di dalam sum-sum tulang. Biasanya sel darah putih dihasilkan secara semula jadi. Bagi pesakit Leukemia, proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu dan sel-sel tidak matang dan berpecah secara berterusan dan ia adalah sebahagian dari kumpulan penyakit yang dipanggil Hematological Neoplasm. Perkataan Leukemia bererti darah putih, ianya diambil sempena nama penyakit, jumlah sel darah putih yang tinggi pada pesakit Leukemia sebelum rawatan. Kebanyakan pesakit Leukemia mempunyai bilangan sel darah putih yang tinggi sebelum mendapat rawatan. Sel darah putih yang tinggi dapat dilihat melalui mikroskop daripada ujian darah dijalankan. Walau bagaimanapun sel-sel tidak normal dan tidak dapat berfungsi mengawal jangkitan dalam badan. Semasa penyakit ini terjadi ,ianya akan mengganggu keupayaan sum-sum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.


Apakah jenis - jenis Leukemia?


Leukemia boleh jadi akut (merebak dengan cepat) atau kronik (merebak perlahan). Pada kanak-kanak lebih kurang 95% adalah Leukemia Akut.

Leukemia lymphocytic akut juga dikenali sebagai ALL adalah yang paling biasa terdapat pada kanak-kanak.

Leukemia Myelogenous akut atau
AML kebiasaannya terjadi di kalangan orang dewasa dari kanak-kanak.

Leukemia lymphocytic Chronic (
CLL) biasanya berlaku di kalangan orang dewasa yang berusia melebihi 55 tahun. Ia juga boleh berlaku di kalangan remaja.

Leukemia myelogenous kronik (CML) biasanya berlaku pada orang dewasa sahaja. Hanya segelintir kanak-kanak dikesan mengalami penyakit ini.

Leukemia akut adalah jenis barah paling biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak. 1/3 dari kanak-kanak yang mengalami barah adalah dari jenis Leukemia.



Apakah tanda dan gejala penghidap Leukemia?


Leukemia adalah barah sel darah putih. Bilangan sel darah putih yang tinggi dan tidak matang ini akan terjadi dengan cepat dan berkumpul dalam sum-sum tulang. Keadaan ini menyebabkan pengurangan penghasilan platelet, sel darah putih yang normal dan sel-sel darah merah.

Platelet yang rendah mengakibatkan pendarahan mudah berlaku seperti lebam, bintik-bintik merah, pendarahan hidung dan gusi.

Sel darah putih tidak dapat berfungsi dengan baik dan pengeluarannya yang berkurangan boleh menyebabkan demam dan jangkitan yang kerap. Ini kerana fungsi sel darah putih dalam melawan kuman telah terganggu.

Kekurangan sel darah merah boleh menyebabkan anemia darah. Kanak-kanak kelihatan pucat, letih dan sukar bernafas.

Lain-lain tanda dan gejala:

* Lemah dan letih lesu
* Kurang selera makan dan kurang
berat badan
* Bengkak dan gusi berdarah
* Sakit kepala
* Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan limfa
* Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan
*
Sakit sendi
* Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan pembengkakan di muka dan pernafasan berbunyi



Apakah penyebab dan faktor risiko Leukemia?


Tiada satu pun sebab yang diketahui untuk semua jenis Leukemia. Kajian masih terus dijalankan untuk mengenal pasti punca utama Leukemia. Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor yang boleh menyumbang kejadian Leukemia terhadap seseorang.

Terdapat kaitan antara tempat kediaman dengan kawasan yang bervoltan tinggi dalam penyakit Leukemia ini tetapi tiada bukti yang kukuh diperoleh.

Faktor persekitaran umpamanya radiasi dan pendedahan yang kronik terhadap
bahan kimia yang toksik seperti Benzene. Terdapat kebimbangan berkaitan kediaman yang berhampiran dengan kawasan yang membekalkan jana kuasa bervoltan tinggi dan boleh menyebabkan Leukemia, tetapi setakat ini tiada bukti yang kukuh.

Jangkitan viral seperti virus Epstein barr.

Faktor genetik. Kanak-kanak Down syndrome mempunyai 15 kali kemungkinan atau risiko untuk mendapat Leukemia berbanding dari kanak-kanak normal.

Immunodeficiency - Kanak-kanak yang mengalami penyakit mempunyai risiko yang tinggi mendapat malignancy lymphoid.

Sehingga kini sebab dan punca Leukemia belum di ketahui, kita tidak boleh mengelak dari mendapat penyakit.



Bagaimana Leukemia dirawat?


Kanak-kanak yang menerima rawatan barah akan di rawat oleh Pakar Onkologi kanak-kanak, iaitu doktor yang mempunyai kepakaran dalam perawatan kanak-kanak yang menghidap barah. Pakar Onkologi kanak-kanak akan merujuk kanak-kanak tersebut kepada sekumpulan doktor Pakar kanak-kanak yang berpengalaman dalam bidang perubatan seperti berikut:

* Hematologi/Pakar kajian darah
* Pakar pembedahan kanak-kanak
* Radiation onkologi
* Pakar Endokrin
* Pakar saraf
* Radiologi
* Pekerja sosial
* Pakar Pemulihan
* Pakar psikologi

3 jenis rawatan yang biasa digunakan:

* Kemoterapi
* Terapi radiasi
* Kombinasi pemindahan sel stem (dalam AML dan risiko tinggi ALL atau berulang semula- ALL)

Rawatan ALL di kalangan kanak-kanak dilakukan mengikut peringkat seperti berikut:

* Terapi Induksi : Ini adalah fasa pertama rawatan. Tujuannya untuk membunuh sel Leukemia di dalam darah dan sum-sum tulang. Ini akan mengurangkan kesakitan
* Terapi Konsolidasi / pengukuhan : Ini adalah fasa kedua dalam perawatan. Bermula apabila Leukemia berada dalam tahap penyembuhan. Tujuan terapi ini untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin tidak berapa aktif tetapi boleh merebak semula.
* Terapi yang berterusan (maintenance theraphy): fasa ke 3 rawatan. Tujuannya adalah untuk membunuh lebihan sel Leukemia yang mungkin hidup dan menyebabkan penyakit berulang semula. Biasanya rawatan barah diberi dalam dos yang rendah daripada dos untuk induksi dan Terapi Konsolidasi / pengukuhan

Pemeriksaan yang berkala adalah sangat penting. Kesan sampingan boleh berlaku akibat dari rawatan jangka panjang. Terapi radiasi ke atas kepala boleh memberi kesan kepada perkembangan otak kanak-kanak dan boleh menyebabkan barah lain berlaku.



Bolehkah penyakit ini berulang semula setelah dirawat?


ALL pada kanak-kanak boleh berulang walaupun ianya telah dirawat. Leukemia boleh terjadi semula di dalam darah dan sum-sum tulang atau testikal dan korda spinal atau di bahagian lain badan. Cara rawatan adalah sama seperti di atas tetapi ianya lebih intensif.
Info Kesihatan :Leukemia

Rahsia Kebaikkan Mandi Songsang

Oleh mindataqwa
Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Apakah itu mandi songsang?


Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan impak yang buruk kepada otak seterusnya akan memberikan kesan yang buruk pada
kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut . Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impakm yang buruk kepada sistem pertahanan bandan


Jadi ,
apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala.)


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)

Menjadikan pengamalnya
AWET MUDA DAN FRESH.
Mengembangkan salur darah otak- menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (Stress ) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar
Meninggikan daya ingatan
Mengelakkan atau Mengurangkan sakit kepala
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat
Memiliki daya ketahanan mental
Menambahkan semangat berani
Menguatkan gusi dan gigi
Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan