Saturday, October 30, 2010

zikir..

Diriwayatkan seorang sahabat r.a berkata: “Ya Rasulullah, hukum syariah (undang-undang Islam) ini banyak bagiku, tunjukilah kepadaku sesuatu sebagai pagangan bagiku” Baginda SAW bersabda, “Hendaklah lidahmu basah dengan Zikrullah”
Keterangan:
Di dalam satu hadis ada disebutkan Hazrat Muaz r.a berkata bahawa perbicaraan terakhir sekali antara Rasulullah SAW dan aku ialah seperti berikut;
          “Semasa aku berpisah dengan Rasulullah SAW dan aku bertanya amalan manakah yang amat dicintai Allah SWT. Rasulullah SAW menjawab, “Basahilah lidahmu dengan Zikrullah ketika kamu tinggalkan dunia”
          Semasa berpisah bermaksud Rasulullah SAW mengutus Hazrat Muaz r.a selaku gabenor ke Yaman dalam menyampaikan dakwah di sana. Di waktu Muaz hendak berangkat, Rasulullah SAW memberikan beberapa nasihat kepadanya. Ia juga mengemukakan beberapa masalah pada Baginda SAW termasuklah masalah yang tertera di atas.
          Hukum-hukum syariat itu banyak- iaini setiap perintah hendaklah dipatuhi dan dilaksana, tetapi dalam memperolehi tingkatan yang tinggi tnentang perlaksanaan setiap perintah adalah amat sukar. Oleh itu, ditunjukilah sahabat akan sesuatu yang teristimewa agar dapat ia pegang dan amalkan dalam setiap keadaan. Demikianlah harapan sahabat yang mulia itu.
          Dalam satu hadis dilaporkan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda; “Barangsiapa yang didapati padanya empat perkara nescaya ia akan memperoleh segala kebaikan dunia dan akhirat; Pertama: Lidah yang sentiasa basah dengan Zikrullah, Kedua; Hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur, Ketiga; Anggota-anggota badan yang sentiasa menahan penderitaan, Keempat; Isteri yang tidak mengkhianati maruah dan harta benda suaminya.”. Mengkhianati bermaksud melakukan kemaksiatan. Lidah yang basah bermaksud memperbanyakkan. Ini merupakan simpulan bahasa yang mana menurut kebiasaan apabila seseorang sering menyebut nama seseorang yang lain diakatakan bahawa si fulan ini membasahi lidahnya dengan memuji si anu.
          Pada pandangan saya yang lemah ini, jika seseorang jatuh dalam percintaan maka lidahnya akan merasa kenikmatan dan kelazatan dengan hanya menyebut nama orang yang dicintainya. Hakikat ini  tentu dirasai oleh orang yang pernah jatuh cinta. Oleh itu, maksudnya jelas iaitu hendaknya seseorang itu menyebut nama Allah SWT sehingga kelazatan dapat dirasai oleh penyebutnya.
          Dapat dilihat pada guru-guru yang arif apabila mereka berzikir secara jihir (mengeraskan suara) maka kelazatannya dapat dirasai oleh orang yang disekililingnya. Namun hal ini hanya diperolehi dengan rasa cinta menyebut nama Allah SWT dengan sebanyaknya. Dinyatakan dalam sepotong hadis bahawa tanda mencintai Allah SWT ialah mencintai zikir-Nya dan tanda membenci Allah SWT ialah membenci zikir-Nya.
          Abu Darda r.a berkata bahawa orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah, maka mereka itu akan memasuki syurga sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment