Thursday, September 23, 2010

MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad : Nescaya keluar dari-padanya kekayaan dan masuk kemi-skinan.
Hari Isnin : Nescaya keluar dari-padanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar dari-padanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar dari-padanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari pen-yakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan memotong kuku dan hukumnya adalah ha-rus sahaja jika memotong kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Namun, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah sunat. Oleh yang demikian, potonglah kuku pada hari-hari tersebut.
 
Jadi, potong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, potong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku tu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bu-kannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih. Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi.
Selamat memotong kuku.
Terutamanya pada hari jumaat, potonglah sebelum waktu solat jumaat didirikan. 

No comments:

Post a Comment